Fakta Ringkas Senarai_lagu_juara_Carta_Era_2002

  • Sejak sistem single mula diperkenalkan pada 1999, baru tahun ini dua buah lagu atau lebih dari sesebuah album berjaya menjuarai carta . Ini melalui kumpulan Exists menerusi dua buah lagu dari album "Ada" iaitu "Jesnita" dan "Julia"; diikuti oleh Ella melalui "Tinggal Tanda Tanya" dan "Retak", petikan album "Ilham Bicara". Ini disusuli oleh Spider melalui dua buah lagu daripada album "Aladin" iaitu "Aladin" dan "Kasih Latifah". Sebelum wujudnya sistem ini, stesen radio hanya menekankan putaran untuk single utama sesebuah album.
  • Lagu "Sonata Musim Salju" merupakan lagu saduran daripada siri drama popular Korea Selatan berjudul "Winter Sonata" ciptaan Yoo Hae Jun. Demam lagu tema drama ini menyusul selepas percubaan kumpulan Phyne Ballerz melalui lagu "Vida" nyanyian asal kumpulan Son By Four berjudul "Apuro Dulo" atau "A Purest of Pain" , lagu tema telenovela Mexico berjudul "Mistres Hermanas".
  • Beberapa buah lagu popular tahun 2002 gagal menjuarai carta setelah disekat di tangga kedua seperti lagu "Cinta" oleh Flop Poppy, "Dua Insan" oleh Ezad Lazim dan Iva Virginia serta "Bunga-bunga Cinta" (Misha Omar).
  • Lagu "Kesetiaan" oleh Sarah Raisuddin menjuarai carta selama 5 minggu dan kemudian mengulangi kejayaan yang sama di Carta RIM apabila mendominasi carta strim domestik selama 4 minggu sepanjang bulan Ogos 2021 setelah kematian penyanyi tersebut akibat COVID-19.


Rujukan

WikiPedia: Senarai_lagu_juara_Carta_Era_2002 http://galaksiviral.blogspot.com/2019/11/lagu-pali... https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/keduduk... https://music.apple.com/my/album/from-where-we-sit... https://www.discogs.com/release/11000263-OAG-Opera... https://www.discogs.com/release/12844765-Rahmat-Ke... https://www.discogs.com/release/17634850-Ajai-2-Nu... https://www.discogs.com/release/18827476-Hazami-Te... https://www.discogs.com/release/4012092-Sheila-On-... https://www.discogs.com/release/6359622-Siti-Nurha... https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham...